Sering menjadi dilema buat student yang nak sambung belajar bagi pengajian SARJANA kan? Nak pilih Coursework ke Research ke Mixed Mode?
Pening sebenarnya nak sambung MASTER. Punyalah gigih aku study pasal nak sambung belajar dengan tanya senior-senor pasal benda ni... Dulu memang semangat menggunung untuk terus sambung belajar selepas tamat degree. Tapi aku berada dalam dilema juga samada nak sambung coursework ke nak buat research!
Sebenarnya kalau korang nak sambung belajar peringkat SARJANA... korang ada 3 pilihan untuk nak sambung belajar:
1. MASTER KERJA KURSUS/COURSEWORK
2. MASTER FALSAFAH/PENYELIDIKAN
3. MASTER DENGAN MODE CAMPURAN/ MIX MODE
Okeh! jelaskan pasal pilihan ni? Heheee... 3 pilihan ni berbeza kaedah dan caranya tau!
MASTER KERJA KURSUS/COURSEWORK
Sebenarnya merujuk kepada pembelajaran dalam kelas, assignment dan exam. Pada aku perjalanan sebagai pelajar kerja kursus ini tidak kurang seperti zaman degree cuma bezanya cara pembelajaran lebih meluas dan mendalam berbanding degree. Pelajar WAJIB hadir ke kelas, menyiapkan assignment, membuat pembentangan dan hadir peperiksaan.
Markah keseluruhan biasanya melibatkan ASSIGNMENT (70%) dan EXAM (30%).
Pelajar kerja kursus juga perlu menjalankan penyelidikan atau lebih dikenali sebagai DISERTASI tetapi skop penyelidikannya kecil.
Ramai kawan aku yang sambung belajar dengan mengambil pilihan kerja kursus. Kebiasaanya mereka akan TAMAT BELAJAR ON TIME. Perbelanjaan sepanjang pengajian juga tidaklah banyak berbanding RESEARCH tau!
Untung sebenarnya kalau ambil kerja kursus sebab korang akan JIMAT MASA dan juga WANG RINGGIT.
Ada sesetengah U juga, memerlukan korang untuk attend dalam conference. Korang juga akan belajar macam mana nak menulis artikel dan terbitkan artikel. Walau bagaimanapun ia bukan keperluan wajib untuk korang.
MASTER FALSAFAH/ PENYELIDIKAN.
Untuk program research, ia 100% melibatkan kita untuk membuat research. Ini bermakna uolss tidak tidak perlu hadir ke kelas, menyiapkan tugasan assignment dan menjawab exam. Uollss cuma PERLU fokus kepada kajian yang dibuat sahaja.
Pada pengalaman aku buat RESEARCH ini BESAR CABARANnya.
Uolss perlu berkorban MASA dan juga WANG RINGGIT!
Tahu tak kenapa?
Buat RESEARCH ni, sebenarnya memerlukan FOKUS yang tinggi dan memerlukan STRATEGI untuk menguruskan pengajian.
100% korang kena urus sendiri pengajian korang ni.
Apa kajian korang nak buat? Berapa lama korang nak buat? Dengan siapa korang nak rujuk? semua korang yang tentukan.
DISIPLIN dan KOMITMEN itu adalah kuncinya.
Korang juga akan dibantu oleh SUPERVISOR.
Kalau dekat UKM dan kalau AKU, aku ada 2 supervisor.
1 Main supervisor, 1 lagi Co-supervisor.
Sebarang perkaitan yang berkait dengan pengajian aku, aku hendaklah merujuk supervisor aku. Kiranya merekalah Mak dan Ayah aku sepanjang pengajian aku.
Aku ni student UKM,
jadi kalau dekat UKM, untuk semester pertama AKU hadir ke kelas. Kelas ni adalah kelas wajib untuk student RESEARCH.
jadi kalau dekat UKM, untuk semester pertama AKU hadir ke kelas. Kelas ni adalah kelas wajib untuk student RESEARCH.
Dalam kelas ni aku diajar mengenai METODOLOGI PENYELIDIKAN dan PENULISAN AKADEMIK.
Sebenarnya korang boleh jea ambil bila-bila masa atau semester ke berapa untuk hadir kelas ni.
Ada sesetengah U juga, memerlukan korang untuk present dalam conference. Korang juga akan belajar macam mana nak menulis artikel dan terbitkan artikel dalam jurnal-jurnal yang terpilih. Ia menjadi keperluan wajib untuk korang.
Dengan RESEARCH korang berpeluang untuk sambung PHD terus tau! Sebab korang belajar sama jea dengan student PHD belajar cuma fokusnya tidak mendalam seperti mereka.
Kalau korang bercadang nak sambung PHD ambillah peluang masa MASTER ni dengan belajar buar RESEARCH dan bina STRATEGI yang baik untuk korang berjuang dalam PHD nanti. Aheheee
Tulah kelebihan yang korang ada berbanding dengan student ambil Kerja kursus atau Mixed Mode. :)
MASTER DENGAN MODE CAMPURAN/ MIXED MODE
Bagi aku master mixed mode ni sebenarnya separuh (kerja kursus dan penyelidikan). kiranya 50% korang kena hadir kelas, assiggment, dan exam.. Lagi 50% korang kena buat research.
Biasanya research yang di buat skopnya lebih meluas berbanding kerja kursus dan tidak mendalam berbanding research.
Ada sesetengah U, memerlukan korang untuk attend dan present dalam conference.
Okeh?!
Apa pun semua bergantung pada pilihan dan diri masing-masing. Aku telah memilih Master Research kerana aku minat terhadap membuat kajian. Aku suka cari benda yang baru walau hakikatnya aku sebenarnya bukan seorang yang suka membaca.
Ini serba sedikit dapat aku kongsikan dengan korang apa yang aku tahu. Aku harap dengan entri ni dapat membantu korang membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran korang nanti.
Selamat Meneruskan Perjuangan dalam dunia penuh dengan KESARJANAAN.
Bye!
Rupanya boleh mix. Ramai kawan saya memang sambung master pada coursework. Sebab lebih mudah.
ReplyDeleteSedangkan research masa degree pun dah kesusahan apa lagi masa master kan.
Apa pun, ikut kemahuan dan keselesaan masing-masing ;)
ada mixed mode tapi bergantung kepada U dan course.. Tak semua course ada pilihan mixed.
Deleteresearch sakit sikit.. tapi insyaallah boleh.
Menarik artikel dikongsi..btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.
ReplyDelete