Skip to main content

Resepi Char Kuew Teow

Hari ni hujung minggu layankan tekak nak makan Chau Kuew Teow. Kesnya kedai Kak Chik jual mee celup  tak bukak. Aku ni memang hantu makan! Aheeheee

Pi Econjaya tetiba terfikir nak masak Chau Keuw Teow. Apa lagi aku beli jealah bahan-bahan berkaitan... Aku sebenarnya tak terror memasak tapi sebab anak tengkak ku ini suka makan benda merepek, aku gagahkan jua untuk memasak. Kalu memasak resepinya memang aku cedok dari cik Google lah! Hahaahaaaaa

Sesampainya di rumah, aku terus merujuk cik Google untuk mencari idea macam mana nak memasak Chau Kuew Teow ni. Yezzaa!! akhirnya aku jumpa jugak! Resepi char kuet teow oleh CEQGU akhirnya menjadi pilihan.

Mula-mula aku masak paste chau kuew teow dulu. First time aku buat paste sendiri. Asalnya resepi paste chau kuew teow aku ambil dari blog  CEQGU tapi telah di ubah suai mengikut citarasa aku. Aku bantai bahan-bahan yang mana ada jea kat dalam peti ais. 

Resepi Paste Chau Kuey Teow cara Aku boleh KLIK sini.



Aku rasa first time aku memasak dengan berjayanya. Jurinya pun kata sedap! sampai  2 3 kali tambah. Hahahaa.. siapa lagi jurinya kalau bukan anak-anak buahku. 

Okeh, antara bahan-bahan yang aku guna untuk masak Chau Kuew Teow antaranya adalah:

RESEPI CHAU KUEY TEOW

1 paket chau kuey teow
Taugeh
Kerang (rebus dulu)
Kucai
1 biji telur 
Paste char kuew teow  (yang dibuat sendiri)
1 sudu Cili boh/ kisar
1/2 cawan air

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu cili boh/ kisar. Masak hingga garing.

2. Masukkan paste char kuey teow yang di buat sendiri. Korang boleh juga guna paste char kuew teow yang dah siap dalam botol. Gunakan api yang besar tau!

3. Masukkan kerang yang telah direbus. 

4. Kemudian masukkan 1/2 cawan air. Biarkan ia mendidih...

5. Setelah mendidih, masukkan char kuew teow, kucai dan taugeh.

6. Pecahkan telur. kacau.  Kalau agak kering masukkan paste char kuew teow. Jangan masak lama sangat. Nanti kering. Makan biar basah-basah sikit baru sedap! Aheheee

Okeh, siap! dah boleh makan :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersama Orang Asli Sungai Rual

Setelah hampir sebulan berada di InsPeK, UMK atau lebih dikenali sebagai Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, pengalaman pertama aku sebagai pembantu penyelidik di sini adalah bersama Orang Asli di Jeli.  Pengalaman kali ini seperti mengulit kenangan zaman belajar jea. Sains Pembangunan di HATI kot! Hahaaaa After 5 tahun aku mendalami dunia Sains Pembangunan akhirnya sekarang aku faham apa yang aku pelajari ketika masa dulu-dulu. Tulah..masa belajar x mau hadam betoi-betoi kan. :) Berbalik kepada pengalaman di Sungai Rual.  Sungai Rual terletak dalam jajahan JELI, KELANTAN. Kajian kali ini dibawah Unit Pekhidmatan dan Akademik yang menjalankan kajian mengenai Pemetaan Potensi Komuniti (Social Network Lab) dan komuniti terpilih adalah ORANG ASLI. Kitorang kat sini kumpul datalah kan...  Apa yang aku tahu pasal Orang Asli nie, MEREKA adalah... ORANG ASLI, ORANG ASAL atau MASYARAKAT PRIBUMI. MEREKA merupakan salah satu kelom...

Dilema Student DEGREE Nak Sambung Belajar

Sering menjadi dilema buat student yang nak sambung belajar bagi pengajian SARJANA kan? Nak pilih Coursework ke Research ke Mixed Mode?  Pening sebenarnya nak sambung MASTER.  Punyalah gigih aku study pasal nak sambung belajar dengan tanya senior-senor pasal benda ni... Dulu memang semangat menggunung untuk terus sambung belajar selepas tamat degree. Tapi aku berada dalam dilema juga samada nak sambung coursework ke nak buat research! Sebenarnya kalau korang nak sambung belajar peringkat SARJANA... korang ada 3 pilihan untuk nak sambung belajar: 1.  MASTER  KERJA KURSUS/COURSEWORK  2.  MASTER  FALSAFAH/PENYELIDIKAN 3.  MASTER  DENGAN MODE CAMPURAN/ MIX MODE Okeh! jelaskan pasal pilihan ni? Heheee... 3 pilihan ni berbeza kaedah dan caranya tau! MASTER KERJA KURSUS/COURSEWORK Sebenarnya merujuk kepada pembelajaran dalam kelas, assignment dan exam.  Pada aku perjalanan sebagai pelajar kerja kursus ini tidak kuran...

Sumber Data Demografi

1.0           Pengenalan Demografi merupakan elemen penting dalam pembangunan modal insan sesebuah negara.  Demografi merujuk kepada tingkah laku berkumpulan dan memberi gambaran penduduk dari segi berangka dimana penduduk dianggap sebagai suatu kumpulan manusia yang diwakili oleh jenis-jenis perangkaan tertentu.  Ilmu demografi ini telah di asaskan oleh Achille Guillard pada tahun 1855 dan mentakrifkan ilmu demografi sebagai suatu penelitian sejarah sosial dan alamiah tentang spesis manusia atau suatu ilmu matematik tentang penduduk, perubahan-perubahan yang mereka alami, serta keadaan fizikal, sivil, intelek, dan moral penduduk (Hollingsworth;1969).   Sehubungan dengan itu, terdapat dua jenis data utama.  Pertama ialah perhitungan semua orang ada.  Sesungguhnya data bentuk ini dikaitkan dengan jumlah (bilangan) penduduk yang diperolehi melalui sumber banci, survei dan sistem daftar pendaftaran. Malahan juga, dat...