Setelah hampir sebulan berada di InsPeK, UMK atau lebih dikenali sebagai Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, pengalaman pertama aku sebagai pembantu penyelidik di sini adalah bersama Orang Asli di Jeli.
Pengalaman kali ini seperti mengulit kenangan zaman belajar jea.
Sains Pembangunan di HATI kot! Hahaaaa
Sains Pembangunan di HATI kot! Hahaaaa
After 5 tahun aku mendalami dunia Sains Pembangunan akhirnya sekarang aku faham apa yang aku pelajari ketika masa dulu-dulu.
Tulah..masa belajar x mau hadam betoi-betoi kan. :)
Berbalik kepada pengalaman di Sungai Rual.
Sungai Rual terletak dalam jajahan JELI, KELANTAN.
Kajian kali ini dibawah Unit Pekhidmatan dan Akademik yang menjalankan kajian mengenai Pemetaan Potensi Komuniti (Social Network Lab) dan komuniti terpilih adalah ORANG ASLI. Kitorang kat sini kumpul datalah kan...
Apa yang aku tahu pasal Orang Asli nie, MEREKA adalah...
ORANG ASLI, ORANG ASAL atau MASYARAKAT PRIBUMI.
MEREKA merupakan salah satu kelompok komuniti yang wujud di negeri Kelantan dan Malaysia, hatta di seluruh dunia sekali pun..ia sememang wujud.
Menurut Mizan dan Shuhairimi (2004) dalam penulisan mereka berkaitan Orang Asli mengatakan bahawa Orang Asli merupakan penduduk asal yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik.
Wah!!! Menarik?
Ini bermakna mereka wujud sebelum kewujudan MELAYU dan BANGSA-BANGSA yang lain..
Di Sungai Rual, beberapa suku kaum atau bangsa telah wujud disini yang terdiri daripada Termiar, Jahai dan Bateq.
Suku-suku ini tinggal di 4 kampung iaitu Kampung Seberang, Kampung Kalok, Kampung Sungai Rual dan Kampung Manok.
Sebenarnya jika menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (2017) suku kaum Orang Asli di Malaysia terdiri daripada kaum Negrito, Senoi dan Melayu Proto.
Kalau di Sungai Rual ini komuniti Orang Asli terdiri daripada suku kaum Negrito iaitu berbangsa Jahai dan Bateq:
Mengikut Jabatan Kemajuan Orang Asli (2017) , suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.
Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina. Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk. Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan.
Bagi Orang Asli Bateq atau lebih dikenali sebagai Orang Bateq pula mereka tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.
Selain itu, komuniti Orang Asli Sungai Rual juga terdiri daripada Temiar.
Berdasarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (2017) pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara Berhalaq (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.
Komuniti Orang Asli Sungai Rual telah diberi bantuan rumah PPRT yang dibina khas kepada mereka.
Walaubagaimana pun, pada masa yang sama kebanyakkan daripada mereka masih lagi mengekalkan cara hidup lama dengan membina rumah pondok bersebelahan dengan rumah PPRT yang diberikan.
Ada di antara mereka juga tidak tinggal di rumah PPRT yang diberikan kepada mereka dan masih berada di rumah pondok yang di bina di lereng bukit berdekatan dengan Kampung Manok.
Rumah pondok ini juga dikatakan merupakan rumah asal mereka.
Di sini terdapat kemudahan seperti sekolah, jalan raya, asrama, surau, balai raya dan dewan untuk kemudahan orang ramai. Semasa program ini berjalan kami Team Penyelidikan ditempatkan di balai raya sepanjang berprogram.
Apa yang UNIKnya di sini, mereka adalah saudara SEISLAM.
YES! mereka majoriti beragama ISLAM.
Apa yang BEST kat sini, VIEW nya cantik bangat!!!
Ketenangan dan keamanan yang paling di rasai.
Gambar ini di ambil dari atas bukit Kampung Manok.
Air sungainya jugak JERNIH dan SEJUK sekali.
Syahdu weh!! syahdu!!
Hilang segala STRES sekejap!
Ha!!! Nie team AKU yang OSEM.
Mantaq bila bekerja, syok bila berdansa,,Hahaaa
Sedikit sebanyak bila bersama komuniti ini buat aku sedar bahawa perlunya aku untuk bersama mereka..mungkin tidak membantu sepenuhnya tetapi sekadar tempat meluahkan rasa melegakan pekung di dada. Kerana mereka adalah komuniti yang unik dan betapa besarnya keagungan kuasa ALLAH kerana mencipta makhluk yang datang dari pelbagai bangsa dan latar belakang.
Yang PENTING kita saudara SEISLAM yang berpijak di bumi TUHAN.
Penyelidik Muda 😁






Wahh.. bacaan yang santai tapi sangat berilmiah. Hihi. Terbaik kak. :D
ReplyDelete