Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Pengalaman Bersama Orang Asli Sungai Rual

Setelah hampir sebulan berada di InsPeK, UMK atau lebih dikenali sebagai Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, pengalaman pertama aku sebagai pembantu penyelidik di sini adalah bersama Orang Asli di Jeli.  Pengalaman kali ini seperti mengulit kenangan zaman belajar jea. Sains Pembangunan di HATI kot! Hahaaaa After 5 tahun aku mendalami dunia Sains Pembangunan akhirnya sekarang aku faham apa yang aku pelajari ketika masa dulu-dulu. Tulah..masa belajar x mau hadam betoi-betoi kan. :) Berbalik kepada pengalaman di Sungai Rual.  Sungai Rual terletak dalam jajahan JELI, KELANTAN. Kajian kali ini dibawah Unit Pekhidmatan dan Akademik yang menjalankan kajian mengenai Pemetaan Potensi Komuniti (Social Network Lab) dan komuniti terpilih adalah ORANG ASLI. Kitorang kat sini kumpul datalah kan...  Apa yang aku tahu pasal Orang Asli nie, MEREKA adalah... ORANG ASLI, ORANG ASAL atau MASYARAKAT PRIBUMI. MEREKA merupakan salah satu kelom...

Resepi Char Kuew Teow

Hari ni hujung minggu layankan tekak nak makan Chau Kuew Teow. Kesnya kedai Kak Chik jual mee celup  tak bukak. Aku ni memang hantu makan! Aheeheee Pi Econjaya tetiba terfikir nak masak Chau Keuw Teow. Apa lagi aku beli jealah bahan-bahan berkaitan... Aku sebenarnya tak terror memasak tapi sebab anak tengkak ku ini suka makan benda merepek, aku gagahkan jua untuk memasak. Kalu memasak resepinya memang aku cedok dari cik Google lah! Hahaahaaaaa Sesampainya di rumah, aku terus merujuk cik Google untuk mencari idea macam mana nak memasak Chau Kuew Teow ni. Yezzaa!! akhirnya aku jumpa jugak! Resepi char kuet teow oleh CEQGU akhirnya menjadi pilihan. Mula-mula aku masak paste chau kuew teow dulu. First time aku buat paste sendiri. Asalnya resepi paste chau kuew teow aku ambil dari blog   CEQGU tapi telah di ubah suai mengikut citarasa aku. Aku bantai bahan-bahan yang mana ada jea kat dalam peti ais.  Resepi Paste Chau Kuey Teow cara Aku boleh KLIK sini....

Dilema Student DEGREE Nak Sambung Belajar

Sering menjadi dilema buat student yang nak sambung belajar bagi pengajian SARJANA kan? Nak pilih Coursework ke Research ke Mixed Mode?  Pening sebenarnya nak sambung MASTER.  Punyalah gigih aku study pasal nak sambung belajar dengan tanya senior-senor pasal benda ni... Dulu memang semangat menggunung untuk terus sambung belajar selepas tamat degree. Tapi aku berada dalam dilema juga samada nak sambung coursework ke nak buat research! Sebenarnya kalau korang nak sambung belajar peringkat SARJANA... korang ada 3 pilihan untuk nak sambung belajar: 1.  MASTER  KERJA KURSUS/COURSEWORK  2.  MASTER  FALSAFAH/PENYELIDIKAN 3.  MASTER  DENGAN MODE CAMPURAN/ MIX MODE Okeh! jelaskan pasal pilihan ni? Heheee... 3 pilihan ni berbeza kaedah dan caranya tau! MASTER KERJA KURSUS/COURSEWORK Sebenarnya merujuk kepada pembelajaran dalam kelas, assignment dan exam.  Pada aku perjalanan sebagai pelajar kerja kursus ini tidak kuran...

Kembali LAGI....

Setelah berkurun lamanya blog ini sepi tanpa sebarang lakaran terlakar di sini, AKU kini kembali untuk meneruskan minat walaupun  tidak sepopular yang lain.. HAhaaaaa :) Setelah 4 tahun ku tinggalkan dunia blogger ini, banyak cerita yang terlakar.  Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan perjuangan yang berbaki.  Entah bila datangnya ajal menjemput. Persediaan menuju sang pencipta masih tak seberapa, tapi andainya sudah tertulis tiba masanya AKU redha akan pemergiaan ku. Semoga Mata Pena yang ku tinggalkan ini dapat menyebarkan kebaikan dan mengingatkan kalian akan AKU yang pernah hidup pada suatu masa ketika ini. :)