Skip to main content

Solat & Saintifik


Solat dalam bahasa Arab dikenali sebagai selawat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.Solat telah dibahagikan kepada dua iaitu solat fardhu dan sunat.  Solat sunat diwajibkan kepada orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu – waktu tertentu iaitu Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.  Manakala solat sunat terdiri dari solat hajat, tahajud, witir, dan lain-lain.Solat ini dituntut kepada umat Islam untuk melakukannya namun mengikut kemampuan dan tidak wajib.  Solat merupakan amalan paling penting selepas iman, malah ia disifatkan seumpama kedudukan kepala kepada badan.

Tanpa kepala binasalah jasad dan tubuh badan seseorang, tanpa solat hancurlah pula agama dan keimanan.Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan bahawa solat merupakan perintah Allah s.w.t yang pertama ke atas umat baginda.  Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak (Mohd. Gunawan: 2003: 22).  Kajian saintifik oleh tiga pensyarah Universiti Malaya (UM)  telah berjaya membuktikan bahawa solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari bukan hanya amalan kerohaniaan tetapi mempunyai hikmah kepada fizikan dan mental manusia.  Kajian sains moden telah mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan setiap hari sebanyak lima kali sehari bukan sahaja untuk mendekatkan kepada penciptanya namun memberi manfaat kepada tubuh manusia (Berita Harian: Unknown).

        Dalam solat terdapat beberapa postur utama yang telah disarankan dalam Islam antaranya seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk di tahiyat akhir.  Dalam solat berdiri tegak turut dikenali sebagai Qiyam.  Namun, kelonggaran telah diberikan kepada mereka yang tidak mampu berdiri tegak dengan solat secara duduk.  Semasa berdiri, tangan perlu bersedekap iaitu kedudukan tangan kanan berada di atas tangan kiri dan kedua-dua tangan tersebut berada di atas dari paras pusat.  Kelakuan ini telah dilakukan oleh Rasulullah saw.  Perbuatan yang melapikan tangan sedemikian telah dianggap sebagai kedudukan santai atau berada dalam keadaan berehat dengan sempurna.  Menurut ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini menyebabkan sendi siku dan sendi pergelangan tangan berada dalam keadaan rehat.  Hal yang demikian melancarkan pergerakan sendi dan dapat menghindarkan dari timbulnya penyakit yang menyerang sendi – sendi.
Manakala dalam rukuk pula, kepala ditundukkan dengan menyamai tulang belakang yang perlu dilurus dan diratakan.Mata memandang tempat sujud.  Hal yang demikian gerakan rukuk yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w dapat mengelakkan penyakit yang biasa menyerang ruas belakang iaitu senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal otot.  Malah, tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang yang lurus melintang ketika rukuk dapat melambatkan proses penuaan dimana peningkatan tisu aktif berlaku dan proses imbangan air dalam badan menjadi lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang. 

Sujud pula merupakan tindakan dimana kepala berada sama dengan kaki.  Kajian Dr. Fatimah mendapati bahawa keadaan seseorang bersujud bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat namun saluran darah seperti arteri, vena serta urat limfa akan terurut.  Fenomena ini menghidarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah (arterioskerosis).  Hal ini akan membantu pengaliran dan limfa keseluruh anggota badan.  Menurut beliau lagi, rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara bersih ke dalamnya bagi mengelakkan penyakit yang boleh menyerang paru-paru.  Selain itu juga, tabiat mengamalkan jari kaki yang membengkok ketika sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan dan dapat menyingkirkan lemak badan yang berlebihan.  Hal yang demikian dapat merendahkan risiko penyakit jantung berlaku.

Tambahan pula, kajian mendapati bahawa posisi sujud yang terbaik untuk kesihatan jantung sebagaimana yang telah disarankan oleh Islam.  Bagi individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi pula, digalakkan kepada mereka untuk bersujud dengan lebih kerap dan lama supaya kadar denyutan jantung menjadi rendah dan menurunkan tekanan darah.  Ketika duduk di tahiyat akhir pula, punggung didudukkan diatas lantai kaki kiri dan dimasukkan kebawah kaki kanan ditegakkan.  Dr. Fatimah mengatakan bahawa ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otot lantai pelvik akan diaktifkan dan dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung (Fatimah et al,.:2008).


      Tanpa disedari, solat banyak mendatangkan kelebihan kepada pengamalnya sama ada solat harian atau solat sunat.  Kajian membuktikan bahawa solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan ketakwaan, malah dapat meningkatkan kesihatan tubuh.  Berdasarkan kaedah psikoneuroimunologi, ia mampu mencerdaskan ketahanan tubuh dengan menguatkan sistem imunasi bahkan individu yang sedang menderita penyakit kronik mempunyai peluang untuk sembuh melalui terapi solat tahajud.  Hal ini juga telah dibuktikan oleh Prof Dr. Moh Sholeh, dan mendapati kelebihan solat ini dapat merawat penyakit barah.  Hal yang demikian, pengamalan secara berterusan dapat meningkatkan imuniti badan dan menurunkan tekanan pada hormon (Salleh :2007 :151).


        Solat tarawih dan berpuasa juga dapat mengurangkan nilai glukosa secara signifikan terhadap badan manusia.Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa berpuasa tidak mengakibatkan nyahhidrasi pada sel tubuh badan.Malahan, keputusan kajian menunjukkan kandungan air di dalam badan semakin meningkat yang seterusnya menjadikan tahap kesihatan turut meningkat.  Keadaan ini dijelaskan dengan sudut fasa, jisim bukan lemak, kadar metabolism basal dan jumlah air dalam badan meningkat, manakala rintangan, glukosa, dan jisim lemak menurun.  Selain itu juga, kajian ini juga menunjukkan bahawa kombinasi solat dan berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan adalah setara dengan senaman dan diet dan boleh menjadi alternatif dalam mengamalkan gaya hidup sihat ( Fatimah Ibrahim et al,. :2008).

       Di samping itu, solat berjemaah juga turut memberikan kesan baik kepada manusia.Menurut Dr Fatimah mengatakan berdasarkan kajian yang dilakukan secara keseluruhannya orang yang telah melakukan solat berjemaah mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding solat secara sendirian.  Sentuhan bahu ke bahu yang dilakukan dalam solat ini menyebabkan cas tubuh manusia mengalir dan akan meneutralkan caj tubuh manusia.  Sebelum solat, ada orang berasa penat dan setengah orang lain berasa tidak penat.  Ketika solat dilakukan, orang yang tidak penat mempunyai caj positif akan mengalirkan cas positifnya kepada orang yang penat yang mempunyai cas negatif.  Hal yang demikian akan menyebabkan orang yang berjemaah mempunyai tenaga dan berada dalam keadaan lebih tenang (Fatimah et al :2008).


         Malahan juga, solat mampu menangani masalah stress dan gangguan tidur.  Menurut Chaplin (2000), mendefinisikan stress sebagai perasaan tertekan atau penghayatan tekanan dan sebagai satu keadaan tertekan samada secara fizikal mahupun psikologi.  Stres berlaku apabila tuntutan seseorang itu tidak setanding dengan kebolehan atau kemampuan kemahiran daya tindaknya.Dari perspektif Islam pula, stress adalah masalah jiwa yang perlu ditangani.  Stress yang dihadapi oleh manusia boleh diubati dengan bersolat.  Hal yang demikian kerana solat mengandungi zikir, dan kelebihan zikir jika dilakukan dengan khusyuk dapat mendamaikan hati ( Danial Zainal Abidin : 2009 : 77).  Waktu sujud yang lama didalam solat berguna untuk menambahkan bekalan darah di kepala.Manakala duduk berehat mampu mengembalikan darah dari kepala kembali ke jantung.Pergerakan yang cepat dibantu oleh bangkitnya seseorang ketika rakaat selanjutnya dapat mengurangi tekanan darah ke otak.  Kajian yang dilakukan oleh Nor Azah Abdul Aziz et al., (2008) terhadap 50 orang pelajar tahfiz menunjukkan tekanan darah berkurangan selepas melakukan solat fardhu berbanding dengan tekanan darah sebelum melakukan solat.  Kadar tekanan darah ini berada pada tahap normal dan melambangkan ketenangan tanpa stress.  Fakta ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang memerintahkan umatnya bersolat ketika menghadapi kemarahan.  Hal ini juga telah membuktikan bahawa solat memberikan kesan yang pantas terhadap sistem saraf dengan memberi ketenangan dan keseimbangan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersama Orang Asli Sungai Rual

Setelah hampir sebulan berada di InsPeK, UMK atau lebih dikenali sebagai Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, pengalaman pertama aku sebagai pembantu penyelidik di sini adalah bersama Orang Asli di Jeli.  Pengalaman kali ini seperti mengulit kenangan zaman belajar jea. Sains Pembangunan di HATI kot! Hahaaaa After 5 tahun aku mendalami dunia Sains Pembangunan akhirnya sekarang aku faham apa yang aku pelajari ketika masa dulu-dulu. Tulah..masa belajar x mau hadam betoi-betoi kan. :) Berbalik kepada pengalaman di Sungai Rual.  Sungai Rual terletak dalam jajahan JELI, KELANTAN. Kajian kali ini dibawah Unit Pekhidmatan dan Akademik yang menjalankan kajian mengenai Pemetaan Potensi Komuniti (Social Network Lab) dan komuniti terpilih adalah ORANG ASLI. Kitorang kat sini kumpul datalah kan...  Apa yang aku tahu pasal Orang Asli nie, MEREKA adalah... ORANG ASLI, ORANG ASAL atau MASYARAKAT PRIBUMI. MEREKA merupakan salah satu kelom...

Dilema Student DEGREE Nak Sambung Belajar

Sering menjadi dilema buat student yang nak sambung belajar bagi pengajian SARJANA kan? Nak pilih Coursework ke Research ke Mixed Mode?  Pening sebenarnya nak sambung MASTER.  Punyalah gigih aku study pasal nak sambung belajar dengan tanya senior-senor pasal benda ni... Dulu memang semangat menggunung untuk terus sambung belajar selepas tamat degree. Tapi aku berada dalam dilema juga samada nak sambung coursework ke nak buat research! Sebenarnya kalau korang nak sambung belajar peringkat SARJANA... korang ada 3 pilihan untuk nak sambung belajar: 1.  MASTER  KERJA KURSUS/COURSEWORK  2.  MASTER  FALSAFAH/PENYELIDIKAN 3.  MASTER  DENGAN MODE CAMPURAN/ MIX MODE Okeh! jelaskan pasal pilihan ni? Heheee... 3 pilihan ni berbeza kaedah dan caranya tau! MASTER KERJA KURSUS/COURSEWORK Sebenarnya merujuk kepada pembelajaran dalam kelas, assignment dan exam.  Pada aku perjalanan sebagai pelajar kerja kursus ini tidak kuran...

Sumber Data Demografi

1.0           Pengenalan Demografi merupakan elemen penting dalam pembangunan modal insan sesebuah negara.  Demografi merujuk kepada tingkah laku berkumpulan dan memberi gambaran penduduk dari segi berangka dimana penduduk dianggap sebagai suatu kumpulan manusia yang diwakili oleh jenis-jenis perangkaan tertentu.  Ilmu demografi ini telah di asaskan oleh Achille Guillard pada tahun 1855 dan mentakrifkan ilmu demografi sebagai suatu penelitian sejarah sosial dan alamiah tentang spesis manusia atau suatu ilmu matematik tentang penduduk, perubahan-perubahan yang mereka alami, serta keadaan fizikal, sivil, intelek, dan moral penduduk (Hollingsworth;1969).   Sehubungan dengan itu, terdapat dua jenis data utama.  Pertama ialah perhitungan semua orang ada.  Sesungguhnya data bentuk ini dikaitkan dengan jumlah (bilangan) penduduk yang diperolehi melalui sumber banci, survei dan sistem daftar pendaftaran. Malahan juga, dat...