Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Sumber Data Demografi

1.0           Pengenalan Demografi merupakan elemen penting dalam pembangunan modal insan sesebuah negara.  Demografi merujuk kepada tingkah laku berkumpulan dan memberi gambaran penduduk dari segi berangka dimana penduduk dianggap sebagai suatu kumpulan manusia yang diwakili oleh jenis-jenis perangkaan tertentu.  Ilmu demografi ini telah di asaskan oleh Achille Guillard pada tahun 1855 dan mentakrifkan ilmu demografi sebagai suatu penelitian sejarah sosial dan alamiah tentang spesis manusia atau suatu ilmu matematik tentang penduduk, perubahan-perubahan yang mereka alami, serta keadaan fizikal, sivil, intelek, dan moral penduduk (Hollingsworth;1969).   Sehubungan dengan itu, terdapat dua jenis data utama.  Pertama ialah perhitungan semua orang ada.  Sesungguhnya data bentuk ini dikaitkan dengan jumlah (bilangan) penduduk yang diperolehi melalui sumber banci, survei dan sistem daftar pendaftaran. Malahan juga, dat...

Solat & Saintifik

Solat dalam bahasa Arab dikenali sebagai selawat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.Solat telah dibahagikan kepada dua iaitu solat fardhu dan sunat.  Solat sunat diwajibkan kepada orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu – waktu tertentu iaitu Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.  Manakala solat sunat terdiri dari solat hajat, tahajud, witir, dan lain-lain.Solat ini dituntut kepada umat Islam untuk melakukannya namun mengikut kemampuan dan tidak wajib.  Solat merupakan amalan paling penting selepas iman, malah ia disifatkan seumpama kedudukan kepala kepada badan. Tanpa kepala binasalah jasad dan tubuh badan seseorang, tanpa solat hancurlah pula agama dan keimanan.Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan bahawa solat merupakan perintah Allah s.w.t yang pertama ke atas umat baginda.  Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak (Mohd. Gunawan: 2003: 22).  Kajian saintifik oleh tiga pensyarah Univers...