Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Sumber Data Demografi

1.0           Pengenalan Demografi merupakan elemen penting dalam pembangunan modal insan sesebuah negara.  Demografi merujuk kepada tingkah laku berkumpulan dan memberi gambaran penduduk dari segi berangka dimana penduduk dianggap sebagai suatu kumpulan manusia yang diwakili oleh jenis-jenis perangkaan tertentu.  Ilmu demografi ini telah di asaskan oleh Achille Guillard pada tahun 1855 dan mentakrifkan ilmu demografi sebagai suatu penelitian sejarah sosial dan alamiah tentang spesis manusia atau suatu ilmu matematik tentang penduduk, perubahan-perubahan yang mereka alami, serta keadaan fizikal, sivil, intelek, dan moral penduduk (Hollingsworth;1969).   Sehubungan dengan itu, terdapat dua jenis data utama.  Pertama ialah perhitungan semua orang ada.  Sesungguhnya data bentuk ini dikaitkan dengan jumlah (bilangan) penduduk yang diperolehi melalui sumber banci, survei dan sistem daftar pendaftaran. Malahan juga, dat...

Solat & Saintifik

Solat dalam bahasa Arab dikenali sebagai selawat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.Solat telah dibahagikan kepada dua iaitu solat fardhu dan sunat.  Solat sunat diwajibkan kepada orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu – waktu tertentu iaitu Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.  Manakala solat sunat terdiri dari solat hajat, tahajud, witir, dan lain-lain.Solat ini dituntut kepada umat Islam untuk melakukannya namun mengikut kemampuan dan tidak wajib.  Solat merupakan amalan paling penting selepas iman, malah ia disifatkan seumpama kedudukan kepala kepada badan. Tanpa kepala binasalah jasad dan tubuh badan seseorang, tanpa solat hancurlah pula agama dan keimanan.Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan bahawa solat merupakan perintah Allah s.w.t yang pertama ke atas umat baginda.  Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak (Mohd. Gunawan: 2003: 22).  Kajian saintifik oleh tiga pensyarah Univers...

Logik Akal

Logik akal terlalu terbatas jika hendak dibandingkan dengan kebijaksanaan syariat.  Lelaki memang suka wanita menampakkan auratnya agar matanya boleh bertelanjang.  Apabila mata memandang jahat,hati mendorong anggota bertindak. Tanpa pagar,  tanpa pemelihara, aurat itu lalu diragut sesuka hati dan dibiarkan bersepah tidak berharga lagi'.

Perjuangan menuju Nertherland..

alhamdullilah, hari ini aku berjaya menempuhi kertas peperiksaan ke 2. syukur kepada ilahi kerana pertolonganNya aku mampu menyiapkan dengan titik dakwat terakhir. kasih allah adalah pasti, itulah janjiNya kepada umatnya selagi kita mengharapkan pertolonganNya.. syukur alhamdullilah.. semoga itu petanda baik menuju kejayaan. kali nie aku ada matlamat dan azam yang baru iaitu nak sambung belajar dekat Nertherland macam kak RabiatulAdawiah dan suaminya Muen Abadi. sesungguhnya kalian berdua menjadi idola aku sekarang.. belajar sampai PHD sapa x tahu, serius.. syukur kerana diberi matlamat dan berada dekat dengan bidang ilmu ini.. ada pepatah mengatakan setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan aku berharap ini adalah salah satu kelebihan yang aku ada. berjuang dalam bidang ilmu dan dekat dengan dunia ilmu ini adlaah anugerah yang terindah bagi aku.. sesungguhnya aku nak jadi orang yang berilmu tinggi dan pendek kata nak jadi academician.. moga hajat dan hasrat ini ter...